Rabu, 21 Disember 2011

ombak babi melanda diriku

sedih,,,itu benda pertama yang ada kat dalam diri aku,,banyak sangat pressure dari luar,,aku xtahan

pesepa semua nak kena jadi macam ni,,nak marah tak boleh,,tak dimarah aku jadi yang celaru,,apa semua ni
..kenapa terlalu berat rezeki aku??

jangan pressure aku,,aku benci,,aku bukan tak usaha wahai orang2 yang xdak hati perut,,jngan sedap cakap,,aku dah usaha rezeki xda apa bole aku buat???

apa yang kau mainkan???hati?perasaan?jangan cuba buka GAME kalau kau sendiri xsanggup

cukup???aku mintak apa2 dari kau lagi,,,aku cuma perlukan sedikit ruang

aku???mahukan semangat dari kau,,bukan herdik hina caci maki,,

aku???xda harta berjuta,xda pelajaran tinggi,,tapi aku,,,kenapa semua orang macam ni..

ruang ruang ruang aku perlukan kau sekarang,,aku nak sangat,,kenapa????

biar hanya hati aku yang tau betapa seksanya aku sekarang,,biarlah,,aku sendiri tanggung,,

Isnin, 7 November 2011

PLASTIK...sampah yang paling banyak atas muka bumi..???


kenapa perlu kita berubah,,depan lain belakang lain,,sebab apa perlu kita jadi macam haram,,,apakah kamu semua ben ten???boleh berubah2...hurmm

apa semua ni?walaupun aku cuba bagi korang semangat untuk berubah aku pula yang korang fitnahkan...munkin di fikiran korang dengan jatuhkan orang lain boleh naikkan darjat korang,bole naik pangkat???hahhahahahha

macam mana kita nak maju??kalau benda yang xperlu korup pon korang korupkan?apa dah jadi dengan budaya ketimuran yang kita agungkan selama ni??

munkin semua orang sekarang ni berpaksi duit??munkin kiblat manusia sudah berubah dari kaabah ke bank2??

mana adap manusia??yang tua diperas ugut??bukankah situa perlu dibela,,bukan itukah yang diterapkan dalam masyarakat melayu kita?mana perginya semua tu??

sedih....bangsa aku mula layu,,,dengan hanya beberapa ringgit menjadi taruhan maruah boleh disepak terajang,,,

Rabu, 31 Ogos 2011

mencemari aidilfitri dengan kekejaman

salam aldilfitri kepada semua,,aku nak kongsi dengan korang pengalaman aku,masa dekat kampung,,sedih,marah semua tu bercampur,,so jadilah ia sedarah,,hurmmm

masa seronok ronok beronok ronok beraya,ada la mamat ni bawak kereta myvi ala2 passo,,disebabkan dia mengcontrol macho masa beraya,,dia telah terlanggar seekor kucing,,

melompat lompat kucing tu,,darah mula membasahi jalan,,dalam dua tiga minit kucing tu rebah,,akibat kecederaan parah di kepala,,meliut2 badan kucing tu,,

dalam saat kucing tu hendak dicabut nyawa dia,,aku sebagai seorang manusia yang berhati perut,,dapat merasakan kesakitan yang encik kucing alami,,begetar tubuh kucing tu,,YA ALLAH...sakit,,sakit,,sakit itu saja yang ada dalam hati aku masa tu,,

kucing tu mula dikerumuni oleh bangsa2 manusia,,paling ramai dari golongan kanak2,,ada yang merakam setiap detik menyayat hati ni..ada yang duduk sebelah cakap eeeeeeewww kesiannya dekat dia,,

aku ingat mamat yang langgar kucing ni nak rasa bersalah,,dengan selamba dia cakap,,la menatang ni lambat sangat nak mampos,,tunggu sat,,dengan selamba dia reverse kereta balik dan terus langgar kucing tu buat kali kedua,,

aku tergamam,,bisu,kelu,,ada jugak manusia macam mamat ni,,ni cerita sebenar,,aku xtipu,,aku harap mamat tu diberi hidayah supaya dia menginsafi setiap apa yang dia telah buat...AMIN


Ahad, 28 Ogos 2011

hidup kena terus

salam ramadhan buat semua pengunjung blog aku,,aku nak kongsi dengan korang macam mana aku tamat pengajian,,dlam bulan ramadhan ni...sedihh,,sebab kawan yang baru aku kenal cuma 3bulan sudah tamat pengajian,,cerita2 kami bagai tergantung,,mesti korang pon suka kan kalau tengok filem yang ending dia tergantung,,

tapi hidup kena terus beb,,jalan masing2 berjaya atau tak itu kuasa tuhan,,pertemuan mesti ada perpisah,,itu memang satu kewajiban,

apa2 pon aku harap kawan2 aku semua berjaya dalam karier masing masing,,salute u all,,

Sabtu, 20 Ogos 2011

jangan seronok upload saja ingat orang yang kurang bernasib baik sama

kalau ya pon engaku seronok,,ingat2 orang xseronok sama,,,ini msg aku,,bagi aku xsalah seronok,,tapi biar berpada pada,,

kita perlu jugak ingat mereka yang kat luar sana yang kurang bernasib baik,,xda la nanti bila tengok apa yang korang upload tu terasa pulak dia,,so pikir dulu apa2 pon k

tiger beer peneman kamu??

haizzz,,salam ramadhan buat semua,,,walaupun dah nak habis ramadhan taun ni,aku nak kongsi dengan korang pasal,cara menghormati bulan ramadhan biar pon korang xpuasa,,

adab kena jaga beb,,rock tu rock jugak urban pon urban jugak tapi ko kena sedar,,yang kamu itu ada agama,,believe in god,,haizzz

ni apa kejadahnya bulan puasa yang engkau pergi pakai baju tiger beer ni,,dekat belakang baju ko tu memang sah2 nampak sebotol baju arak sebagai image yang menarik perhatian ramai,,engkau tu islam bro,,so hormat sikit kalau ya pon ko xpuasa just be respect sikit,,itu saja aku mintak

apa pandangan makcik pakcik dekat engkau aku xtahu la,,munkin mak abah kau xkesah,,tapi apa pandangan orang lain itu pon engkau kena pikir,,jangan jatuhkan air muka sendiri hanya untuk nampak kau tu urban,,,haizzzz,,,

nak cakap lebih2 pon aku xdala bagus sangat,,tapi aku tau jugak camna nak hormat bulan puasa dan manusia yang berpuasa,,

xpa lain kali jngan buat lagi,,pikir dulu sebelom pakai okeys,,,peace

Jumaat, 24 Jun 2011

wahh..siapa si gadis ni


aku mula jatuh hati dekat dia,,bagi aku dia cukup cantik,cukup lawa,haishhh,,siapa gadis ni,,boleh aku bertanya nama dia??orang mana,,belaja lagi atau sudah berkerjaya,,,penat juga kalau tiap2 malam sebelom tidur aku memikirkan sidia...

adakah aku sudah jatuh cinta,,sedarkah dia yang aku sudah mula menaruh harapan untuk mendapatkan hati dia??berupayakah aku memenangi hati gadis yang aku puja2 selama ini??hanya tuhan yang mengetahui,,

bermulalah detik2 paling aku benci dalam kehidupan cuba memikat seorang wanita,,wahhh dah macam ayam jantan bunyinya,,,,adjust punya adjust,,sekali tu dapat juga aku keluar dengan dia,,,dapat aku kenali dia dengan lebih jelas,lebih teperinci,

maka masa yang paling seronok pernah aku lalui dalam hidup aku tetiba muncul,menerjah tanpa ada halangan,,dunia umpama terlalu cepat berlalu,,bermacam kisah suka duka diukir bagai dalam satu hari,,

sedar tak sedar sudah 5tahun benda ni berlangsung,,love u dear

Khamis, 9 Jun 2011

JANGAN SAMPAI ANDA DIGELAR SI ..... GOOGLE ATAU AMAZON.COM

benci pulak aku bila nak cakap pasal benda macam ni,,,haishhh,,tak payah la kita nak bajet power macam power rangers sampai semua masalah boleh diselesaikan dengan setengah jam macam cita dia kat tv tu,,

bagi aku perlu kita nak bagitau seluruh alam maya yang kita bijak,,kalau ya pon bijak simpan2 sama jangan tunjuk sangat kat orang...kalau bodoh pulak simpan2 sama kasi kat orang lain sikit...

haishhh..bila tanya dia saja yang tau orang lain xtau ka??bila orang lain cakap dia kata silap dia saja yang betol..manusia2 sudah2 la ya

Khamis, 26 Mei 2011

mendapat saya dari si Tua

penat,bosan,,meluat dengan persekitaran,,semua ada,tapi tu aku anggap xdak papa,,benda standard,setiap hari memang macam tu,,

dalam kebosanan yang teramat sangat,,singgah si tua,untuk minum petang,,sempat dia melemparkan senyuman dalam kepenatan yang masih tampak diwajahnya,,munkin baru pulang dari kerja aku rasa..

lantas aku membalas senyuman tersebut lalu,,mendapatkan sebuah kerusi untuk menemani beliau petang itu..kami berborak pelbagai hal,,xlepas semua yang bermain di kotak pikiranku habis aku tanyakan,,semua hal aku nak tau aku tanya,,,

dan pelbagai jawapan muncul dari bibir dia,,semua tu memuaskan hati aku,,apabila dia menjawap hampir semua soalan aku,,seronok aku berbual dengan dia,,dia seorang yang merantau pada zaman muda,,pernah menetap di germany,russia,australia,hong kong,china,dan seluruh asia tenggara dia dah pergi,,

banyak benda di ceritakan untuk aku berimaginasi,,,seronok rasanya,,dia meyuruhku untuk meyimpan duit,,bagi pergi untuk melihat negeri orang..katanya jika germany menghentikan segala pembanggunan selama 100 tahun,,malaysia belom tentu dapat mengejar,,,huiishhh agak2 maju sampai macam manakah mereka ni..

diakhir perbualan aku MENDAPAT jawapan yang memang makan dalam bagi aku,,iman umpama gigi,,bila ada kita tak jaga,,bila dah patah baru kita sedar akan kekosongan yang ada,,dan dia xkan muncul lagi...bagi aku makna dia besar,,kena paham elok2

Rabu, 25 Mei 2011

puji melangit,,diri tersepit..

aku kadang2 xpaham akan dunia,,xpaham akan manusia,susah nak tafsirkan erti hidup,,antara pujian yang sepatutnya dengan pujian biar tersimpan kemas didalam hati,,aku rasa kekadang kalau nak memuji manusia xkemana,,hanya mati disitu,,

perlu,,perlu,,perlu atau biar sidia berlalu,,xpayah banyak bunyi,,xsemua manusia pandai dalam mencorak erti persahabatan,,bagi aku sesetengah orang untuk merapatkan diri dengan seseorang dia sanggup memberi pujian hingga dia sendiri xpernah merasa nikmat sebegitu,,

dari pemerhatian aku,benda tu xkan kemana,,si penerima pujian,,xda pulak dia macam,nak merasa simpati ka apa ka,,juz senyum sikit pastu blah,,x salah kalau nak memuji,,setakat dua tahun sekali,,itu still allrite..tapi kalau dah setiap hari,,dia jadi macam kau tu pelik,,macam harapkan balasan,,haihhh...

adakah benda ni ada unsur2 trendy,,adakah aku ketinggalan benda ni???maaf saya xpandai,,saya juga sering ketinggalan..

Ahad, 24 April 2011

lagi mahal lagi otai??

benda ni la mentaliti macam ni la yang paling bengap sekali,,aishhh jenis tak sedar dek untung ni pon payah jugak,,apa ni semua,,tak semua barang mahal tu bagus dak yang tak mahal tu sebaliknya..

senang nak bagitau kita kena sedar la kemampuan kita macam mana,,jangan la kondem barang orang yang tak mahal,,munkin itu saja dia mampu,,

aishhh,,,apa ni mana sifat syukur ni,,ni dah jadi macam riak takbur pulak ni..

kalau kita mampu okeys go on la,,,xpayah la nak kondem orang lain,,macam mana nak maju kalau pemikiran setaraf dengan beruk....

syukur la okeys,,kadang kadang kita ni macam kufur nikmat pon aku rasa ada,,orang lain nak mencekik pon pikir tujuh lapan kali,,kita senang senang saja nak kondem dia....

tak kemana pon semua tu,,sedap mata memandang saja,,,

Sabtu, 23 April 2011

TOLONG JADI BIJAK

orang lain berlumba lumba macam ikan lumba lumba nak celapak duduk depan kita senang senang saja jadi sampah,,

sedih gila petang ni,,sedih sangat,teramat sedih,,aishhh,,,marahkan diri pon ada jugak,,adakah sebab aku,,semua masalah ni jadi??aku kah yang bawak budaya ni??hurmmmm.....

macam mana parking underground boleh jadi tempat lepak???apa punca ni??aishhh dah xda tempat nak melepak ka??orang buat shopping komplek punya seronok,aircond sejuk dik dik..kita dok celapak lepak tempat parking,,,aku rasa kalau nak dikatakan terlalu ikutkan barat pon tidak..sebab mat salleh setahu aku memang xlepak dekat parking,,,

hurmmm,,,xmau kata apa dah lepas ni aku xtau la budak2 muda nak lepak mana pulak lepas ni,,munkin atas bumbung bas pulak kot,,

Isnin, 18 April 2011

AYAT YANG AKU KENA DIAM SAMPAI BALIK RUMAH

ayat yang memang cukup power,,xboleh nak melawan dah bila tengah bertengkar aishhh,,,aku tak sanggup lagi nak bertekak bila kena ayat ni,,

setelah habis rokok ditangan dicucuh lagi berulang ulang kali untuk mencetuskan idea bagi melawan,,namun rebah ditengah jalan,,xda ayat dah,,nak mula macam mana pon xtau untuk melawan,,,

ayat dia tidak la power mana tapi besar makna dia...

ni la ayat yang buat aku tak buleh nak lawan,,buat aku tidur tak lena "aku boleh terangkan dan sangkal setiap apa yang orang lain berikan yang munkin ramai,,tapi aku tidak akan boleh beritahu kepada hanya seorang orang yang jahil,kerana dia sememangnya tidak akan paham"

hurmmm,,,akan aku usahakan lagi untuk cuba patahkan ayat ni,,,hehehehe

BERAPA BANYAK MARK ZUCKERBERG BUAT DUIT????

$2,147,483,647 a year for Facebook founder Mark Zuckerberg it means $178,956,971 per month, $44,739,243 per week or $8,947,848.53 per day! $3 Billion.That's what Parade magazine says that Mark Zuckerberg earned in 2009. And in September 2010, Forbes estimated that Zuckerberg is now worth $6.9 billion and the 35th richest American, ahead of Steve Jobs of Apple and Erich Schmidt of Google. His Facebook co-founder Dustin Moskovitz also became a billionaire, with a $1.4 billion net worth.
My big WISH is for Zuckerberg to find a way to share his advertising blessings to the millions of Facebook users -- those who are willing to do more work for Facebook without abusing Facebook resources. Google has ADSENSE, in which millions of people are earning real money. Can he think of another earning scheme? In Zuckerberg's blog on July 21, 2010, he reported that there were already 500,000 Facebook users around the world. In a Forbes report, it said that Facebook's value has reached about $23 billion.

Ahad, 17 April 2011

BERKERJA MASA SEKOLAH PATUT ATAU TIDAK???


Aku hari nak menjadi pembangkang dalam tajuk ni,,sebab aku tak suka pasal benda2 macam ni,,banyak masalah sangat,,ilmu di sekolah dilupakan macam tu saja sebab seronok dapat sehari rm20 hingga rm30 ringgit..

haishhh,,,,sebab apa anak muda sekarang ni mudah sangat ni,,oiii sedar sikit hidup makin lama makin susah adik oi..bila umur masih muda,dapat sehari rm20 hingga rm30 itu cukup besar,,boleh ada duit sendiri dalam poket tu semua memang menjadi satu benda yang puas dalam diri,,tapi itu sampai bila,,nak sangat ke keja dengan orang,sampai mati???xda minat nak jadi orang yang lebih berjaya???

ya munkin ada yang akan cakap datuk aku dulu,,xsekolah pon ada skyline kat rumah...okey kalau macam tu teruskan la mengikut idola awak,,,,

aku kat sini menyampah sebab,tengok budak2 keja balik dua tiga pagi pastu malas nak p sekolah,,bila kena buang timbul kesedaran sikit,,pastu dua tiga bulan masuk sekolah balik ulang tabiat yang sama apa cer ni???

mak bapak,,macam menghalalkan saja??bagus adik cari duit nak tak mahu menyusahkan mak bapak,,tapi kena pada cara la adik oii,,,tujuan matlamat utama adik sekarang adalah ilmu bukan duit lagi,,

haishhhh,,,aku harap sedar la lepas ni,,ilmu dulu baru duit,,buat satu2 kalau tak mampu

TIADA LAGI 3 PIALA BUAT MAN UNITED

HAHAHAHHAHAHAHAH apa2 hal gelak dulu,,sebab aku xsuka man u,,,kalah jugak korang tu la jangan belagak sangat kan dah padan muka...

seronoknya,,,terima kasih man city(orang bandar)

Sabtu, 16 April 2011

SAYA MISKIN TAPI SAYA TIDAK BODOH


tajuk dia khas untuk hari ini 16 haribulan,,,saya miskin tapi saya tidak bodoh,,ini saja dapat aku tulis,,jangan fikir orang miskin macam saya mudah untuk dimainkan,,saya belajar,saya memahami,,

bukan senang nak bohong saya,,sudah 23 tahun saya berpijak di bumi tuhan,,saya sudah tau yang mana kaca yang mana permata,,saya dah muak dengan cakap2 kosong kamu,,meluat,jijik,,menyampah,,

banyak benda saya belajar di jalanan,,,meniti masa,setiap detik waktu melihat dari panca indera diberikan,,selok belok dunia,,ahhh pedih,,banyak liku,ranjau di sekeliling,,tapi semua tu adalah ilmu baru untuk saya lihat kedepan,,

bukan lagi dengar cakap2 kosong,,bukan lagi dengar jerit pekik yang tidak kemana,,seperti mati di jalanan,,mati tanpa khabar berita,,ahhh sudah aku sudah muak,,

kehidupan perlu diteruskan,,tapi munkin dengan cara berbeda,,tak lagi macam yang sudah sudah,,,aku harap besok jadi penentu,,,penentu bagi perjalanan hidup,langkah kaki ini,,kemana hendak kubawa impian aku yang setinggi gunung,,terasa ingin aku campangkan saja,,terlalu berat,terlalu besar buat tubuh kerdil ini..

harapan aku setinggi mentari yang bakal muncul di ufuk timur,,melihat satu perubahan di mata aku,,melihat satu benda baru pada diri sendiri,,satu perubahan,,satu harapan,,munkin bakal tercapai,,munkin tersungkur di liku perjalan,,doa aku mengiringi harapan besar ini,,

memang berat menerima perubahan,,ia benda baru,benda yang tidak lagi menentukan hasil terlalu baru untuk ditanya dengan bermacam soalan yang muncul dibenak ku,,tapi itu satu benda yang menarik,,benda baru yang        bakal menentukan masa depan aku sendiri,,tidak lagi dikonkong oleh jerit pekik,,tiada lagi harapan palsu,,

sedih melihat diri ini,,di perkotak katikkan,,di buli,,di jajah akal fikiran,,mana diri aku sebelum ni,,mana mata aku,,mana akal aku,,aku harap perubahan akan menbantu aku dalam menjalani hidup dengan lebih baik,,lebih tenteram,,semoga perubahan pada diri aku akan tercapai,,

Jumaat, 15 April 2011

TIPSI:UNTUK KAKI DIET,PERMAINAN INI BOLEH MENHILANGKAN RASA LAPAR ANDA

WOOO......apa cerita ni,,,aku ada terbaca satu link,,dia bagi tau,,,kalau sapa yang main permainan ni dia akan tidak merasa lapar,,apa permainan tu,,???

selak punya selak,,belek punya belek,,menarik jugak,,macam fun ja game dia,,hehehehe,,aku pon apa lagi layan la game tu,,,serius weyy best,,xtipu..

tapi bila main still lapaq la,,sebab munkin aku ni memang pemakan yang hebat kot,,tapi game dia menarik,,jalan2 makan coklat hahahahhaha http://says.my/malaysianfacebook/snickers.html ni link dia

aku malas nak tulis banyak2 hampa p la usha2 sendiri,,dan layan game tu sendiri,,diaorang cakap dengan main game ni bleh menag hadiah seperti playstation 3,netbook HP dan jam tangan GSHOCK wowww..http://says.my/malaysianfacebook/snickers.html

AIR ASIA ADA PROMOSI WEY,,,

sekarang ni air asia dah terbang ke banyak negara2 baru dalam list diaorang,,senang la sapa nak pergi melancong lepas ni,,sebab ramai yang sudah tau yang diaorang ni offer harga yang murah,,so everyone can fly la macam slogan diaorang,,

terbaru air asia buat promosi untuk sesiapa yang nak p New Zealand,,ala negara yang dikenali ramai dengan pasukan rugby tu,,new zealand old black,,,hehehehehe,,

so sesiapa yang nak tempah tiket ke apa ke boleh la klik sini http://says.my/malaysianfacebook/airasia-labour-day.html,,, :)

bukan tiket ke satu negara ja,,,kat sini boleh tempah untuk kenegara lain jugak,,korang boleh isi form bila nak pergi dan balik then calculate,,,so senang la nak bajet,,,


                                     http://says.my/malaysianfacebook/airasia-labour-day.html

MANA LAGI BEST AF9 ATAU MAHARAJA LAWAK

maharaja lawak baru saja menemui para penonton,,,sama jugak la dengan akademi fantasia,,dan juga lagu fantasia bulan madu,lagu si pengetua AF,,

aku cuma nak tau dari pada masyarakat kat luar sana,pendapat korang,,mana yang lagi grand,,Af musim kesembilan atau maharaja lawak???

sebab maharaja lawak ni siap kena order atau melanggan di astro citra,,,manakala Af9 xpayah pulak,,,hurmmm,,,aku xminat AF..rasa sedikit terkilan bila diaorang suruh langgan kalau nak usha maharaja lawak,,bagi aku maharaja lawak lagi grand dari AF9..sebab kena langgan woooo,,,

xtahulah pulak pada korang semua,,,mood sedihh malam ni xdapat tengok,,,