Sabtu, 19 Mac 2011

'El Barca Es Mas Que Un Club'

kelab yang mempunyai motto 'El Barca Es Mas Que Un Club' Barcelona bukan hanya sekadar kelab, dibentuk oleh 12 orang yang dipimpin Joan Gamper pada tanggal 29 November 1899 di Katalonia.

Barcelona merupakan cermin sikap politik sayap kiri Sepanyol, sikap kaum tertindas, sebuah bangsa (Katalonia) yang hanya akan menjadi sebahagian dari sebuah negara.


Melalui Barcelona inilah orang Katalonia ingin menunjukkan kelebihan mereka dari penjajah Sepanyol. Terutama jika kelab ini berhadapan dengan Real Madrid, yang sejak tahun 1930-an zaman Jendral Franco merupakan kelab kegemaran pemerintah Sepanyol, kelab ini mempunyai slogan 'Boleh kalah dengan kelab lain, asal tidak dengan Real Madrid'.

Manuel Vazquez Montalban, seorang penulis terkenal dari Sepanyol menyebutkan, Barcelona sebagai senjata pemusnah bagi sebuah bangsa tanpa negara.


Kerana misi yang dianggap suci oleh orang Katalonia itulah, barcelona selalu menjaga kemurnian tujuan kelab. Mereka tidak mahu disamakan dengan kelab lain, dan tidak mahu tunduk dengan nilai-nilai komersial. Kerana itulah sampai sekarang Barcelona merupakan satu-satunya kelab yang tidak mengizinkan kostumnya dipasang iklan.


Barcelona merupakan satu-satunya kelab di Eropah yang presidennya dipilih oleh pemegang tiket sepanjang musim (penyokong paling tepu), bukan pula oleh dewan direktor dan bukan pemegang modal. Calon Presiden kelab berdebat di televisyen, berkampen bagi memegang jawatan ini seperti kempen seorang presiden sesebuah negara


Kelab ini diberi jolokkan 'Barca' dan 'Los Azulgranas' kerana jersi warna biru dan merah tua, yang konon warna biru merah secara sengaja diambil dari bendera Prancis sebagai bentuk penentangan terhadap pemerintahan Sepanyol di Madrid.


Kelab ini juga pernah merekrut pemain-pemain  dunia seperti: Johan Cruyff, Maradona, Ronald Koeman, Gary Lineker, Rivaldo, Luis Figo,ronaldinho,messi dan juga sang fenomenal Ronaldo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan