Seolah tidak ada yang membantah bahawa Liga Utama Inggeris merupakan salah satu liga yang terbaik dimuka bumi untuk zaman ini. mereka bersaing hebat dengan liga Italia, Sepanyol dan jerman. Dalam Liga Inggris dihuni oleh pemain-pemain bola sepak kelas dunia ,yang dianugerahi segala macamnya, meskipun sebagian besar bukan berasal dari britan itu sendiri.
Liga primer bola sepak Inggeris disertai oleh sejumlah 20 club. Dari catatan sejarah, liga ini ditubuhkan pada tahun 1992, saat itu sejumlah club bola sepak yang mempunyai kekuatan dari segala aspek memisahkan diri dari liga dengan membuat kontrak yang menguntungkan dengan beberapa station televisyen.
Liga Primer Inggeris@(Premier League, nama lama F.A. Premier League) oleh khalayak umum juga disebut dengan Barclays Premiership di Britan dan Barclays English Premier League secara antarabangsa.
Dari sejumlah 20 club ini mereka akan mengadakan perlawan tahunan sebanyak dua kali antara satu sama lain dengan home dan away senang cerita timbal balik,,bukan pulak lembing awang pulang ke dayang yer.
Dengan jumlah pertandingan sebanyak 38 perlawanan maka untuk seluruh club mereka menghasilkan jumlah total 380 pertandingan. Pada setiap akhir musim, sejumlah tiga club urutan terbawah akan terkena penyingkiran,untuk pengetahuan anda semua mereka kena singkir bukan sebab undian sms ok. sedangkan empat club teratas akan masuk ke Liga juara-juara untuk merebut Piala Champions(UEFA champions league).
Untuk tiga club peringkat teratas masuk secara langsung, sedangkan club urutan ke-4 dan 5 masuk melalui (play-off). Untuk club rangking ke-5 liga utama akan masuk ke Piala UEFA(UEFA cup). Untuk club urutan ke 18-20 akan tersingkir ke divisyen Championship dan posisinya akan digantikan oleh club peringkat 1-2 dari Divisyen Championship yang mendapatkan promosi ke liga primer Inggeris.
dan begitulah serba sedikit tentang liga yang korang selalu tengok kat kedai mamak tu..bila hari sabtu ahad ja penuh ja kedai mamak,nak tengok liga malaysia.hurmm entahlah tepuk dada tanya selera,kalau saya memang saya susah nak tengok liga tempatan.bukan sebab permainan tak menarik,tapi sebab jersey tak lawa sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan